Adsense

Saturday, May 4, 2019

Ramadhan Menjelma Kembali...



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia dan rahmat-Nya, hamba-Nya ini masih diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...

Tahun ini merupakan tahun keempat diri ini menyambut Ramadhan yang mulia ini sebagai suami...Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan diri ini seorang bidadari yang cantik, penyayang, penuh kelembutan, taat kepada perintah-Mu dan juga taat kepada suaminya serta pelbagai kelebihan lain lagi yang jika hendak disenaraikan di sini sehingga seratus lembaran kertas A3 pun belum tentu habis jika hendak disenaraikan semuanya...Bidadari yang Allah kurniakan pada diri ini bukan sahaja menjadi penyeri kehidupan, tetapi juga pelengkap diri ini yang serba kekurangan...

Selain itu, kehadiran puteri kami yang comel, cantik dan manis juga menjadikan kehidupan kami suami isteri lengkap dan sempurna...Terima kasih Ya Allah...

Kehadiran Ramadhan ini semestinya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana kelebihan yang ada pada bulan penuh kemuliaan ini yang tiada di bulan-bulan yang lain...Setiap ibadah yang dilakukan pahalanya berlipat kali ganda daripada biasa...

Oleh itu gunakanlah peluang bertemu kembali dengan bulan mulia yang Allah berikan kepada kita pada kali ini sebaik yang mungkin dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan jangan sesekali meninggalkan amalan wajib...

Juga jauhkanlah diri kita dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia yang pastinya tidak memberikan sebarang kebaikan malahan membawa kemudaratan kepada diri kita...Mudah-mudahan hidup kita akan dilimpahi rahmat Allah setiap masa...

Wassalam...

1 comment:

  1. emperor casino bonus codes 2021 - Shootercasino.com
    A list of bonus 제왕 카지노 offers for online casinos in 2021. It includes: · 1. Lucky 15 Lucky 15 Lucky septcasino 15 · 2. Moly Pang Chuan Lucky 15 · deccasino 3. Lucky Lucky 8 Lucky 8 Lucky 7 Lucky 7

    ReplyDelete